Saturday, October 13, 2012

KESELAMATAN DALAM PERGERAKAN KREATIF

Semasa melakukan aktiviti pergerakan kreatif, aspek-aspek keselamatan haruslah dititik-beratkan. Antara nya adalah:-

* Lakukan aktiviti mengikut kemampuan.
* Pastikan tempat melakukan aktiviti bebas daripada bahaya.
* Patuhi arahan dan panduan guru.
* Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan.
* Gunakan ruang dengan bijak dan berkesan.
* Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.
* Lakukan aktiviti dengan bantuan rakan dan diawasi oleh guru.

chriss

TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF


Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan 
Tumpuan kepada pergerakan keseluruhan tubuh badan dan bahagian badan untuk melahirkan idea atau perasaan.

a) Keseluruhan Tubuh Badan 
Adalah untuk bergerak dan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini dapat mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor.
Pergerakan ini boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi contohnya apabila muzik dimainkan.
**rangsangan pergerakan: suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat perkusi.

b) Bahagian Tubuh Badan

Pergerakan dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.
Pergerakan ini menunjukkan persediaan tubuh badan untuk menyokong dan menerima berat badan.
Contohnya, pergerakan merangkak menggambarkan kucing berjalan.
 ** rangsangan pergerakan:  suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat perkusi.

Tema 2: Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa

Memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka supaya dapat melahirkan perasaan melalui pergerakan.

a) Beban

Beban memberi rintangan kepada sesuatu pergerakan untuk mengawal pergerakan tersebut. Kesan beban ini menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan.

**rangsangan pergerakan:  suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat perkusi.

b) Masa 

Kesedaran rintangan kepada masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan pergerakan serta-merta atau kawal-lambat. Tema ini memberi tumpuan kepada ruang untuk menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang melibatkan penggunaan kawasan dan arah untuk melakukan pergerakan.

+++ serta-merta: pergerakan yang dilakukan dalam masa yang singkat secara cepat, tegas, spontan dan dinamik serta eksplosif.
+++  kawal-lambat: pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Perlakuan secara lambat, licin, beralun dan berayun. Dilakukan dengan bahagian tubuh badan berasingan seperti kepala, bahu, siku, jari dan sebagainya.

c) Kawasan

Penggunaan kawasan dalam pergerakan memberi tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan juga melibatkan penggunaan arah.


d) Arah

Memberi tumpuan kepada arah pergerakan iaitu ke hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah boleh dilakukan dengan menggunakan peta pergerakan sebagai panduan.


Tema 3: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Memberi tumpuan kepada kelancaran pergeraka tubuh badan menggunakan ruang dan masa.


a) Aliran

Mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa. Kelancaran pergerakan ini boleh dilakukan secara aliran terikat dan aliran bebas. Aliran terikat seperti pergerakan berjalan merupakan pergerakan yang mudah terhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang. Aliran bebas seperti pergerakan melompat merupakan pergerakan bagi keseluruhan tubuh badan berada di udara dan sukar diberhentikan melainkan diberhentikan setelah mendarat.

b) Ruang 

Memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara menggunakan ruang untuk melakukan perlbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus.

+++ ruang terus: ruang yang digunakan secara langsung dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Pergerakan dilakukan pada aras rendah seperti pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag.
+++ ruang tidak terus: ruang yang digunakan secara tidak langsung dalam pelbagai aras. Kawasan aktiviti lebih luas dan digunakan sepenuhnya.




chriss

Friday, October 12, 2012

ELEMEN-ELEMEN PERGERAKAN KREATIF

Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban, aliran dan irama. 

Elemen ruang
 
·   - dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am.
·  ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus.
·  - untuk ruang diri adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang ataupun kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam kedua-dua bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding.
·  - kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap:
*  keadaan tahap tengah ialah seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang melibatkan aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.

·- Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh mewujudkan satu kombinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang melibatkan ruang am contohnya:-

*  pergerakan dengan berjalan lurus ke depan,
*  berjalan berbentuk ular atau
*  berjalan berbentuk zigzag.

Elemen bentuk badan.

- menunjukkan tentang bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan seluruh anggota badannya.
- dalam elemen badan terdapat dua bahagian mengenainya iaitu:-

* keseluruhan tubuh badan menyatakan bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan yang dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-kanak pada aspek lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan berjalan boleh dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-ubah dengan bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang diberikan misalnya, muzik.

*    bahagian tubuh badan menyatakan tentang pergerakan yang dilakukan dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberikan. Contohnya, pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.

Elemen masa

- Elemen masa adalah saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang sesuatu gaya bentuk pergerakan.
- Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan semata-mata cepat atau lambat tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat hingga cepat. 
- Contohnya seorang pelajar sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. 
- Manakala seorang pelajar berimaginasi seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa bahawa pergerakan tersebut adalah lambat.

Elemen beban atau tekanan. 

- Dalam elemen beban adalah berkaitan tentang aspek berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang otot-otot anggota tubuh badan. 
- Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. 
- Contohnya, dalam aspek berat - kuat, seseorang budak lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan seluruh kekuatan badannya untuk mengangkatnya.
- Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah seseorang budak akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air, maka dia akan berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa dalam keadaan yang menyelam dalam air.

Elemen aliran.
 
Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu:-
- Elemen bebas adalah merujukan bahawa seseorang budak yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serta merta. 
- Aliran terikat adalah pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan adalah berada dalam keadaan seimbang.

Elemen irama.
 
Elemen irama sentiasa dapat dihubung kaitkan dengan elemen masa. 
- Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait dengan aspek muzik tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam kehidupan seharian kita. 
- Misalnya, perkataan juga merupakan atau membentuk sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti berkaitkan dengan lokomotor. 
- Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk demonstrasi irama perkataan. 
- Duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama masing-masing sambil menepuk tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya, orang kedua akan sambung dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. 
- Proses langkah ini dilakukan sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan dengan berirama untuk menyebut nama masing-masing dapatlah melatih pada aspek lokomotor pelajar di samping juga dapat mengikut irama yang betul.

chriss

PERGERAKAN KREATIF



Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu individu menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana individu bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari.

Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.




chriss