Saturday, October 13, 2012

TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF


Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan 
Tumpuan kepada pergerakan keseluruhan tubuh badan dan bahagian badan untuk melahirkan idea atau perasaan.

a) Keseluruhan Tubuh Badan 
Adalah untuk bergerak dan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini dapat mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor.
Pergerakan ini boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi contohnya apabila muzik dimainkan.
**rangsangan pergerakan: suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat perkusi.

b) Bahagian Tubuh Badan

Pergerakan dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.
Pergerakan ini menunjukkan persediaan tubuh badan untuk menyokong dan menerima berat badan.
Contohnya, pergerakan merangkak menggambarkan kucing berjalan.
 ** rangsangan pergerakan:  suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat perkusi.

Tema 2: Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa

Memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka supaya dapat melahirkan perasaan melalui pergerakan.

a) Beban

Beban memberi rintangan kepada sesuatu pergerakan untuk mengawal pergerakan tersebut. Kesan beban ini menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan.

**rangsangan pergerakan:  suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat perkusi.

b) Masa 

Kesedaran rintangan kepada masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan pergerakan serta-merta atau kawal-lambat. Tema ini memberi tumpuan kepada ruang untuk menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang melibatkan penggunaan kawasan dan arah untuk melakukan pergerakan.

+++ serta-merta: pergerakan yang dilakukan dalam masa yang singkat secara cepat, tegas, spontan dan dinamik serta eksplosif.
+++  kawal-lambat: pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Perlakuan secara lambat, licin, beralun dan berayun. Dilakukan dengan bahagian tubuh badan berasingan seperti kepala, bahu, siku, jari dan sebagainya.

c) Kawasan

Penggunaan kawasan dalam pergerakan memberi tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan juga melibatkan penggunaan arah.


d) Arah

Memberi tumpuan kepada arah pergerakan iaitu ke hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah boleh dilakukan dengan menggunakan peta pergerakan sebagai panduan.


Tema 3: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Memberi tumpuan kepada kelancaran pergeraka tubuh badan menggunakan ruang dan masa.


a) Aliran

Mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa. Kelancaran pergerakan ini boleh dilakukan secara aliran terikat dan aliran bebas. Aliran terikat seperti pergerakan berjalan merupakan pergerakan yang mudah terhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang. Aliran bebas seperti pergerakan melompat merupakan pergerakan bagi keseluruhan tubuh badan berada di udara dan sukar diberhentikan melainkan diberhentikan setelah mendarat.

b) Ruang 

Memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara menggunakan ruang untuk melakukan perlbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus.

+++ ruang terus: ruang yang digunakan secara langsung dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Pergerakan dilakukan pada aras rendah seperti pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag.
+++ ruang tidak terus: ruang yang digunakan secara tidak langsung dalam pelbagai aras. Kawasan aktiviti lebih luas dan digunakan sepenuhnya.




chriss

1 comment: